• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karisma Faktor Adly Dipilih Ketua Menteri Melaka

oleh Cj Mnh
27/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sifat rendah diri, mengabdikan diri dalam perjuangan demi rakyat dan sedia ditegur menggambarkan sifat kepimpinan serta karisma dalaman Adly Zahari hingga diberi kepercayaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Melaka untuk menerajui negeri bersejarah itu.

Pada sidang akhbar sulung selepas Adly mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-11, Mei lepas, penulis mengajukan soalan tentang hala tuju kerajaan negeri bakal dibentuknya, adakah rakyat perlu takut kepada kerajaan atau kerajaan perlu takut kepada rakyatnya?.

Jawapan Adly, 47, kepada soalan itu agak ringkas namun memperlihatkan sifat kepimpinan dan karisma yang ada pada dirinya: “Kerajaan (negeri) wajib dikritik dan boleh ditegur. Kalau kita lakukan kesilapan kita perlu akui kesilapan itu kemudian akan perbetulkan kesilapan itu”.

Adly adalah Pengerusi PH Melaka, namun partinya, PAN hanya memenangi dua kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu Bukit Katil yang dimenanginya dan Durian Tunggal, berbanding DAP yang memiliki lapan kerusi DUN, PKR (tiga) dan PPBM (dua).

Pada PRU14 lepas Adly berjaya menyatukan PH Melaka di bawah satu payung bagi melaksana apa dianggap sebagai ‘misi mustahil’ sebelum ini, menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Melaka apabila berjaya memenangi 15 kerusi DUN berbanding BN 13 kerusi, kemenangan majoriti mudah.

Pengerusi DAP Melaka Datuk Tey Kok Kiew, yang juga ADUN Bandar Hilir awalnya disebut-sebut calon Ketua Menteri Melaka, namun dek kerana kepercayaan kepada Adly, Tey serta semua ADUN PH daripada DAP, PKR, PPBM dan PAN sepakat mengangkat Adly sebagai Ketua Menteri Melaka.

Pada 14 Oktober lepas, Tey mendapat perhatian apabila menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) membawa gelaran Datuk bersama seorang lagi ADUN DAP iaitu ADUN Bemban, Datuk Dr Wong Fort Pin juga Timbalan Speaker DUN Melaka, yang mana tindakan itu mengundang teguran pemimpin parti antaranya Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

Lim yang juga Menteri Kewangan, menegur pemimpin parti itu yang menerima darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka membawa gelaran Datuk, sebelum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada rakyat, malah Lim menyeru pemimpin terbabit mencontohi bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba yang hanya mahu menerima pengiktirafan selepas bersara.

Tey menjelaskan beliau menerima anugerah itu atas menghormati serta taat setia kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan institusi Raja-raja Melayu seperti tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan, beliau turut meminta maaf kepada Mohd Khalil kerana penganugerahan itu menjadi isu.

Perkara itu dibawa ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, dan pada 17 Oktober lepas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke juga Menteri Pengangkutan dilaporkan sebagai berkata CEC DAP hanya membuat teguran dan tidak memaksa mereka memulangkan gelaran berkenaan.

Lim kemudian berkata, tanpa merujuk kepada Tey secara khusus, pemipin DAP Melaka tidak perlu memulangkan anugerah itu tetapi hanya perlu meminta maaf secara awam dan meminta maaf secara peribadi kepada parti.

Pemimpin DAP sekali lagi menjadi perhatian, kali ini ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee yang juga Timbalan Pengerusi DAP Melaka apabila videonya bersikap kasar kepada penduduk dalam menyelesaikan isu penutupan jalan di Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam di sini, tular di media sosial.

Perkataan ‘awak YB ke saya YB’ yang diucap Norhizam apabila berang terhadap penduduk yang membantah penutupan jalan itu menjadi tagline pengguna media sosial yang mempersoal tindakan itu, malah menjadi ‘peluru’ buat parti pembangkang mengkritik cara PH menyelesaikan masalah rakyat.

Kekusutan itu akhirnya dilerai apabila Adly sendiri bertindak meminta maaf terhadap perbuatan Norhizam itu dan Norhizam turut meminta maaf kepada penduduk berkenaan dalam satu pertemuan pada 10 Oktober lepas.

Adly turut mengarahkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) segera bertindak dan duduk semeja berbincang dengan penduduk terlibat bagi mencari penyelesaian menang-menang buat semua pihak, sekali lagi memperlihat sifat kepimpinan dan karisma yang ada dalam dirinya. – BERNAMA

Tags: Adly Zahariketua menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

Rauf Calon Ketua Menteri Baru Melaka

Rauf Calon Ketua Menteri Baru Melaka

30/03/2023
0

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh dicalonkan sebagai ketua menteri Melaka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd