• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan ‘Melayu Terancam’ atau ‘Islam Terancam’ hanyalah dakyah politik.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau mendakwa dakyah itu dimainkan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan rakyat.

Kata beliau, kedudukan orang Melayu, agama Islam, institusi Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain telah dijamin dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Malangnya, naratif ‘Melayu Terancam’ atau ‘Islam Terancam’ terus dijadikan modal politik,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Adly mendakwa, ancaman terbesar negara hari ini adalah kelaparan, kejahilan dan kedukaan rakyat yang memberi kesan kepada kehidupan mereka setiap hari.

Kata beliau, kelaparan bukan sekadar tiada makanan di atas meja, tetapi seorang bapa yang masih bergelut menyediakan kehidupan lebih baik untuk keluarga.

Justeru, dakwanya, Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat meningkatkan taraf hidup.

“Kejahilan pula menjadi ancaman apabila rakyat mudah dipengaruhi fitnah, berita palsu dan sentimen yang memecah-belahkan masyarakat,” dakwanya lagi.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka meminta rakyat membuat penilaian berdasarkan fakta, bukannya emosi atau hasutan politik. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Adly ZaharI

 

Tags: Adly ZahariDakyah PolitikislamMelakaMelayuNaib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)pakatan harapanPengerusi PHTerancam
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kenapa Saya Selalu Ulang Benda Yang Sama?

Kenapa Saya Selalu Ulang Benda Yang Sama?

27/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menjelaskan mengapa beliau sering mengulangi perkara sama dalam ucapannya khususnya membabitkan...

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd