• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebersamaan UMNO Dan PAS Satu Keperluan

oleh Ahmad Albab
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Syura Ulama PAS menyifatkan kebersamaan parti itu dan UMNO dilihat sebagai satu keperluan pada masa sekarang.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, turut mengakui kerjasama dengan UMNO turut menguntungkan PAS dalam membantu parti itu menegakkan Islam.

“Setakat hari ini, ia sangat memberi keuntungan kepada Islam, masyarakat Melayu…..Banyak aspeklah.

“Bagaimanapun, gabungan PAS dengan UMNO ini kita belum lagi bincang secara khusus namun begitu Majlis Syura Ulama sudah buat ketetapan.

“Segala persefahaman dibuat PAS dengan mana-mana parti lain, yang memberi keuntungan kepada Islam, dan perjuangan Islam, maka diizinkan mengikut nas yang ada dalam al-Quran dan hadis.

“Majlis Syura Ulama tidak memberi apa-apa halangan kepada PAS dan kepimpinan untuk mengadakan hubungan dengan mana-mana parti yang ada dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Rakyat Membantah ICERD, di sini, malam tadi.

Nik Zawawi berkata, PAS mengadakan hubungan dengan UMNO sudah lama sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi dan itu menggambarkan PAS sangat terbuka dengan mana-mana parti yang ada asalkan matlamat dibawa ada persamaan.

“Keputusan lebih khusus dalam perkara ini akan dibuat pada masa depan dan dijangka sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Apapun kita tengok reaksi dulu.

“Kalau situasi ini baik, persefahaman terjalin, dia pasti akan jadi lebih baik. Tetapi kita kena tengok perjalanan, reaksi penyokong kedua-dua parti kerana semua perkara perlu dinilai.

“Kerjasama sebelum ini seperti Rang Undang-Undang (RUU) 355 dan perbincangan lain sudah berlaku antara PAS dan UMNO bagi memastikan Islam yang dibawa ditegakkan. – BH ONLINE

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd