• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Mahu PTPTN Cari Formula Terbaik – Maszlee

oleh Cj Mnh
07/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan mencari satu formula terbaik bagi setiap pihak berkepentingan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Menurutnya, Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini mengambil maklum keprihatinan, syor dan pandangan dikemukakan orang ramai, khususnya mereka yang memperoleh kemudahan pinjaman pengajian daripada PTPTN berhubung pelaksanaan PGB mulai Januari 2019.

“Jemaah Menteri berpandangan segala input dikemukakan orang ramai ada asasnya,” katanya, dan ekoran itu Jemaah Menteri memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan PGB bagi membolehkan PTPTN mengadakan perbincangan dengan kesemua pemegang taruh berkaitan.

Beliau memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan berhubung arahan penangguhan pelaksanaan PGB, susulan pengumuman terdahulunya melalui catatan di laman Facebooknya mengenai keputusan penangguhan pelaksanaan kaedah bayaran balik baharu pinjaman PTPTN itu.

PTPTN pada Rabu, mengumumkan untuk melaksanakan PGB bagi peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.

Maszlee berkata PTPTN perlu menghargai perjanjian ujrah ditandatangani dengan peminjam sebelum ini dan tidak harus mengenakan skim baharu ke atas semua peminjam sekali gus, terutamanya bagi peminjam yang sudah pun menyatakan komitmen untuk membuat bayaran setiap bulan tanpa melibatkan potongan gaji.

Berdasarkan PGB, peminjam berpendapatan RM2,000-RM2,499.99 perlu membayar dua peratus atau RM40 hingga RM49.99 dan bagi berpendapatan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75-RM89.99).

Peminjam berpendapatan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150-RM199.99); RM4,000-RM5,999.99 (lapan peratus, RM320-RM479.99); RM6,000-RM7,999.99 (10 peratus, RM600-RM799.99) dan bagi berpendapatan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus atau RM1,200 dan ke atas.

Pengumuman PTPTN itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan peminjam. – BERNAMA

Tags: kabinetPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd