Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Rashford Budak Naif –...

JOSE Mourinho berkata Marcus Rashford kelihatan seperti budak naif selepas diperintah keluar padang...

Didik Kanak-Kanak Tentang Bahaya...

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak seawal usia lima tahun di negara ini perlu diberi...

Ejen Kereta Mewah Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang ejen jual beli kereta mewah dihukum penjara enam tahun,...

Projek PSN Tanjung Dawai...

SUNGAI PETANI - Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai yang mengandungi 300...

Jangkitan HIV Melalui Transmisi Seksual Meningkat

KUALA LUMPUR – Jangkitan HIV melalui transmisi seksual menunjukkan peningkatan yang tinggi,dan menjadi punca utama jangkitan penyakit berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu malam tadi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jangkitan melalui transmisi seksual meningkat kepada 91 peratus sehingga 2017 berbanding hanya 33 peratus pada 2002, walaupun kes keseluruhan menurun kepada 60 peratus pada tahun sama berbanding 2007.

Katanya, sebagai langkah pencegahan, kementerian akan meningkatkan kadar capaian rawatan antiretroviral lebih meluas, supaya sekurang-sekurangnya 95 peratus daripada penghidap dapat dirawat.

“Pada penghujung 2017 hanya 54 peratus daripada mereka menerima rawatan yang sama,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, rawatan antiretroviral pada amnya mampu mencegah jangkitan HIV melalui transmisi seksual sebanyak 97 peratus.

Selain itu, Dr Dzulkefly berkata kementerian juga akan terus menekankan kepentingan seks selamat bagi populasi berisiko tinggi supaya jangkitan melalui transmisi seksual ini dapat dibendung. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HIV

Kategori