• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKOA Tubuh Pasukan Bertindak Basmi Ponteng Pelajar Orang Asli

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Basmi Ponteng bagi membendung gejala ponteng sekolah yang kian meningkat dalam kalangan anak Orang Asli di Perak terutama membabitkan pelajar sekolah menengah (SM).

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata berdasarkan statistik, seramai 428 pelajar tercicir daripada menamatkan pengajian pada tahun 2012 daripada 984 pelajar yang mendaftar pada tahun 2008.

Katanya tahun ini 674 pelajar pula tercicir daripada menamatkan pengajian pada tahun ini daripada 1,320 pelajar yang mendaftar pada tahun 2014.

”Beberapa langkah telah dan sedang diambil untuk menangani isu keciciran pelajar ini termasuk menganjurkan program-program motivasi untuk meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar.

”Selain itu, peruntukan juga diberikan oleh kerajaan negeri bagi program motivasi dan program berbentuk ilmiah bagi menambah minat pelajar untuk ke sekolah,” katanya semasa menjawab soalan Ng Shy Ching (PKR-Teja) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Asmuni (AMANAH-Manjoi) berkata kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan tahap pendidikan Orang Asli dan segala insentif serta bantuan telah diberikan kepada golongan itu termasuk pemberian alatan dan pakaian persekolahan.

Katanya, kerajaan negeri turut memastikan tahap kemiskinan golongan tersebut tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian dan beberapa langkah telah diambil termasuk pada tahun ini memperuntukkan RM500,000 untuk bantuan khusus bagi perkembangan pelajaran masyarakat Orang Asli.

”Saya yakin antara punca masalah (mereka tercicir persekolahan) adalah disebabkan motivasi yang menyebabkan mereka kurang mengambil berat tentang pelajaran terutama pelajar dari pedalaman,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah), Asmuni berkata kerajaan negeri menyambut baik cadangannya agar Jakoa belajar mengenai cara kerajaan New Zealand membantu Kaum Mauri.

”Dalam perbincangan dengan JAKOA sendiri saya pernah menganjurkan (mengusulkan) bagaimana mereka boleh membawa dan membuat satu lawatan ke New Zealand bagi melihat sendiri bagaimana mereka membantu kaum tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: JAKOAOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd