• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Mansuh 4 Wang Kertas Rupiah

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAPUS… Jika anda secara kebetulan masih lagi simpan wang-wang kertas Indonesia ini, sila ambil perhatian kerana empat denominasi rupiah ini tidak boleh ditukar selepas 31 Disember depan.

Bank Indonesia (BI) menerusi kenyataan media secara rasmi akan mencabut dan menarik empat mata wang kertas yang pernah dikeluarkan pada tahun 1998 dan 1999. Hal itu sesuai dengan peraturan BI nombor 10/33/PBI/2008.

Ini membolehkan empat wang kertas itu sudah tidak lagi sah digunakan sebagai alat pembayaran sejak 31 Desember 2008. Mulai tarikh 1 Januari 2019 pula, ia sudah tidak boleh ditukar lagi. Berikut ini 4 mata wang kertas berkenaan:

1. 10,000 rupiah – KELUARAN TAHUN 1998

Wang denominasi 10,000 rupiah yang ditarik adalah wang keluaran tahun 1998. Wang kertas ini bergambar pahlawan asal Aceh yakni Cut Nyak Dien. Bahagian belakangnya bergambar danau segara anak.

Lokasi itu terletak wilayah Nusa Tenggara Barat. Wang ini terbit pada 23 Januari 1998 dan ditandatangani oleh Gabenor BI saat itu, iaitu J. Soedradjad Djiwandono.

2. 20,000 rupiah – KELUARAN TAHUN 1998

Wang pecahan 20,000 rupiah dikeluarkan pada 19 Februari 1998. Dengan gambar pahlawan di bahagian depan, yakni KI Hadjar Dewantara. Di belakangnya pula adalah gambar kegiatan belajar. Wang ini berwarna hijau.

3. 50,000 rupiah – KELUARAN TAHUN 1999

Wang 50,000 rupiah keluaran tahun 1999 ini mempunyai gambar pahlawan tempatan Wage Rudolf Soepratman, manakala bahagian belakang bergambar pengibaran bendera Indonesia. Wang ini berwarna abu-abu dan hijau.

4. 100,000 rupiah – KELUARAN TAHUN 1999

Wang pecahan 100,000 rupiah yang ditarik adalah berbahan daripada plastik serta diterbitkan pada 1 November 1999. Wang ini ditandatangani oleh Gabenor dan Timbalan BI saat itu – Syahril Sabirin dan Iwan R. Prawiranata.

Gambar depan wang ini adalah sosok dua pahlawan proklamator kemerdekaan Indonesia iaitu Presiden Sukarno dan Mohammad Hatta. Gambar di sebelah belakangnya pula adalah gedung parlimen MPR dan DPR di Jakarta.

Proses penukaran wang kertas yang dicabut daripada peredaran tidak dilakukan setelah 10 tahun tarikh pencabutan. Dalam erti kata lain, jika ia ditarik pada 31 Disember 2008, masyarakat yang masih memiliki wang tersebut masih ada waktu untuk tukar sehingga tanggal 31 Disember 2018 sahaja. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Indonesia
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd