• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga RON95 Dipastikan Tidak Meningkat Mendadak Apabila Diapungkan

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar, tidak meningkat dengan margin terlalu besar walaupun harga bahan api itu diapungkan mengikut harga pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata peningkatan dengan margin terlalu besar akan memberi kesan langsung kepada Indeks Harga Pengguna (IHP), sekali gus menyebabkan inflasi meningkat.

“Katakanlah pada hari pertama pelaksanaan nanti, perbezaan harganya 30 sen. Itu kita tidak mahu berlaku.

“Walaupun harus berlaku kenaikan 30 sen, ia harus dilakukan secara berdikit-dikit dalam satu tempoh tertentu contohnya antara enam ke lapan bulan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian juga mendapatkan panduan daripada Jabatan Statistik yang membuat simulasi impak kenaikan bahan api pada kadar tertentu terhadap kenaikan IHP dalam menetapkan harga bahan api.

Ditanya sama ada penetapan harga minyak akan dibuat secara mingguan atau bulanan seperti yang dilaksanakan kerajaan terdahulu, Saifuddin berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

“Sebelum ini diputuskan berdasarkan mingguan. Kami menerima banyak maklum balas daripada pengedar dan syarikat minyak serta orang ramai.

“Oleh itu, kita perlu mengkaji secara menyeluruh untuk menentukan format yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata hari ini adalah hari terakhir tender terbuka bagi membangunkan sistem subsidi minyak bersasar dan Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan syarikat yang terpilih dalam masa terdekat.

Beliau sebelum ini dilaporkan sebagai berkata tender itu bagi mencadang, mengkaji, mereka bentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperasi perkakasan perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi minyak secara bersasar bagi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua 2019. – BERNAMA

Tags: meningkatRon 95
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Mula Terasa Kesan Kos Hidup Meningkat… Bersedia, Berjimat, Berdoa – Yusuf Azmi

Ramai Mula Terasa Kesan Kos Hidup Meningkat… Bersedia, Berjimat, Berdoa – Yusuf Azmi

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi menyarankan orang ramai agar bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar susulan ketidaktentuan...

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate meningkat hampir dua kali sejak 13...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd