• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Genap Seminggu Insiden Kekecohan Kuil Di Subang Jaya

oleh
02/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Genap seminggu insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini namun pihak polis masih mengawal ketat kawasan sekitar sehingga hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati pasukan polis termasuk anggota polis trafik dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) masih ditempatkan di kawasan terbabit bagi mengawal ketenteraman awam.

Lokasi itu juga masih menjadi tarikan beberapa pengamal media tempatan yang dilihat menunggu di sekitar kuil untuk membuat liputan.

Sejak insiden awal pagi Isnin lepas, kuil berkenaan turut menerima lawatan pelbagai pihak termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang membuat lawatan singkat pada 3.50 petang semalam.

Pada 10 pagi ini, pihak pengurusan kuil berkenaan menerima kunjungan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau.

Lau ketika ditemui pemberita berharap masyarakat sentiasa memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan bangsa di negara ini.

“Perpaduan adalah matlamat negara malah peruntukan berkaitan kebebasan beragama juga ada dimuatkan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada anggota keselamatan yang bertugas dan berharap anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera dipukul dalam insiden tersebut cepat sembuh.

Difahamkan, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut melakukan lawatan pada petang ini.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu telah menyebabkan kecederaan parah kepada Muhammad Adib yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Kejadian itu juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa anggota keselamatan dan orang awam selain kemusnahan beberapa buah kenderaan dan premis perniagaan serta gangguan kepada ketenteraman awam.

Bagaimanapun, tiada kekecohan lain dilaporkan berlaku setakat ini dan situasi kembali normal dengan orang ramai mengunjungi kuil seperti biasa bagi upacara sembahyang. – BERNAMA

Tags: insiden kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

687 Kuil Hindu Tanpa Kebenaran Direkodkan Di Selangor

Jangan Beri Tanah, Wang Kepada Penceroboh

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub SHAH ALAM – Aktivis masyarakat, Tamim Dahari, hari ini menyerahkan satu memorandum tuntutan berkaitan isu pencerobohan tanah di...

Tangkapan Ke Atas Perusuh Insiden Kuil Wajar Dibuat Besar-Besaran

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Tindakan menangkap perusuh yang terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd