• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangkapan Ke Atas Perusuh Insiden Kuil Wajar Dibuat Besar-Besaran

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan menangkap perusuh yang terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya sewajarnya dilakukan secara besar-besaran.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata tindakan lewat diambil pegawai penyiasat dalam menangkap perusuh yang terbabit, mengganggu dalam mengesan individu yang melakukan kesalahan ketika rusuhan itu.

Beliau berkata, sepatutnya pihak polis menangkap mereka yang terbabit dalam rusuhan ketika situasi masih ‘panas’ kerana pada ketika itu segala maklumat masih baru.

“Kalau ambil contoh ketika saya memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa berlakunya perhimpunan Hindraf di Ampang Park, seramai 130 individu ditangkap pada hari kejadian.

“Namun pada ketika itu segala maklumat masih ‘panas’ (baru) kerana kita bertindak (menangkap) secara besar-besaran sebelum menjalankan siasatan lanjut.

“Kejadian itu adalah sama seperti rusuhan kuil berkenaan. Peserta perhimpunan mencederakan anggota polis dan bomba, merosakkan kenderaan awam termasuk kenderaan polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Musa berkata, kes pencerobohan di kuil, serangan ke atas penjawat awam dan rusuhan di hadapan kuil dilihat lewat ditangani.

“Justeru adalah paling tepat sekiranya tindakan dapat diambil lebih awal berdasarkan maklumat yang baru. Berbanding mengesan individu dengan lambat maklumat yang diperolehi juga sudah basi,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan pihak polis dalam menangani insiden berkenaan dan percaya PDRM ketika ini mempunyai perancangan tertentu.

Katanya, pihak polis sewajarnya membuat satu tindakan yang lebih holistik dalam mengumpul maklumat yang ada membabitkan insiden rusuhan dan insiden yang menyebabkan kematian penjawat awam.

“Saya juga berharap polis menggerakkan segala maklumat yang ada khususnya dalam bentuk siasatan dan risikan untuk mengesan mereka yang terbabit.

“Pegawai penyiasat juga harus memastikan laporan dan bukti kukuh dalam elemen siasatan untuk memastikan pembunuh yang membunuh Muhammad Adib dikenakan tindakan,” katanya. – BH ONLINE

Tags: insiden kuilTan Sri Musa Hassan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

687 Kuil Hindu Tanpa Kebenaran Direkodkan Di Selangor

Jangan Beri Tanah, Wang Kepada Penceroboh

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub SHAH ALAM – Aktivis masyarakat, Tamim Dahari, hari ini menyerahkan satu memorandum tuntutan berkaitan isu pencerobohan tanah di...

Sultan Selangor Zahirkan Rasa Dukacita Atas Insiden Kuil

11/12/2018
0

KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda rasa kesal dan dukacita terhadap peristiwa rusuhan yang berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd