• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Siti Hasmah Melawat Muhammad Adib Di IJN

oleh Cj Mnh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa selama 45 minit melawat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Menurut sumber IJN yang mengesahkan perkara berkenaan, Dr Siti Hasmah tiba di IJN pada kira-kira 3 petang.

“Dr Siti Hasmah meninggalkan IJN pada kira-kira 3.45 petang dan hanya meninjau dari luar bilik kaca tempat Muhammad Adib dirawat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Siti Hasmah turut diiringi beberapa pegawai IJN dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi meninjau keadaan terkini tahap kesihatan Muhammad Adib.

Semalam, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya. – BERNAMA

Tags: IJNTun Dr Siti Hasmah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd