• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Bertindak Kuil Desak Pelaku Didakwa

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, USJ25, di sini, menggesa pihak berkuasa membawa pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kekecohan di kuil terbabit ke muka pengadilan.

Pengerusinya, SW Ramaji, berkata, pihaknya bersedih dengan pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia akibat parah dalam kejadian rusuhan di kuil berkenaan ketika bertugas, 27 November lalu

“Kami menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan membawa semua pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Pihak berkuasa bukan saja perlu menahan pelaku tetapi juga mencari dalang sebenar di sebalik kejadian ini.

“Mereka mesti dihukum kerana tindakan keganasan bukan saja meragut kehidupan seorang penjawat awam malah menjejaskan semangat perjuangan kita untuk mengekalkan kuil Seafields di lokasi kini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, keganasan bukan satu-satunya jalan penyelesaian kepada setiap masalah dan sesiapa yang terbabit dalam kejadian itu perlu disiasat serta dihukum dengan sewajarnya.

Pada 27 November lalu, Muhammad Adib parah selepas dibelasah perusuh ketika cuba memadamkan kebakaran kenderaan di sekitar kuil berkenaan.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu menerima rawatan di Institut Jantung Negara. – BH ONLINE

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd