• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Antara 13 Belum Isytihar Harta

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Port Dickson merupakan antara 13 anggota parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my/), sehingga pukul 5 petang ini, anggota parlimen itu yang memenangi pilihan raya kecil Port Dickson pada 13 Okt lepas masih belum mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan dan aset.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil pada satu majlis di Putrajaya awal hari ini memaklumkan terdapat 13 anggota parlimen kerajaan yang masih belum mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Selain itu, Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu yang merupakan Anggota Parlimen Tambun, juga antara yang belum mengisytiharkan harta.

Berdasarkan laman web itu, seramai tujuh anggota parlimen PKR masih belum mengisytiharkan harta.

Selain Anwar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar), P.Prabakaran (Batu), Datuk Seri Dr Santhara (Segamat), Awang Husaini Sahari (Putatan), Ali Biju (Saratok) dan Dr Michael Teo Yu Keng (Miri).

Tiga anggota parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang belum mengisytiharkan harta selain Ahmad Faisal ialah Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Bagi Parti Warisan Sabah, selain Mohd Shafie, seorang lagi yang belum mengisytiharkan harta ialah Datuk Rozman Isli (Labuan).

Di samping itu, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang merupakan anggota Parlimen Tuaran juga belum mengisytiharkan harta.

Semakan mendapati beberapa anggota parlimen hanya mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan tetapi tidak mengisytiharkan jumlah aset.

Mereka termasuk Menteri pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (Silam), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P.Waytha Moorthy dan Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi), serta R. Sanisvara Nethaji Rayer (Jelutong), Wong Tack (Bentong), dan Mordi Bimol (Mas Gading). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd