• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

oleh Mynewshub
31/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya memilih perpaduan, keadilan serta ihsan dalam membina masa depan negara.

Menurut Anwar, kemerdekaan bukan sekadar
satu peristiwa untuk diraikan setiap tahun, sebaliknya merupakan amanah yang perlu dipelihara dan disempurnakan demi generasi akan datang.

“Kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi amanah untuk kita pelihara dan sempurnakan demi anak cucu.

“Jiwa merdeka ialah jiwa yang menolak kebencian dan perpecahan, memilih perpaduan, keadilan dan ihsan.

“Dengan semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus membina Malaysia yang aman, bermaruah dan lebih baik untuk semua,” katanya menerusi hantaran di media sosial sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, hari ini.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini memuji dan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan serta rakyat yang hadir memeriahkan acara berkenaan.

“Great, great show! Alhamdulillah, good. Thank you very much,” katanya.

Perdana Menteri turut dilihat meluangkan masa menyantuni rakyat dengan berjalan kaki lebih 500 meter di sekitar kawasan Dataran Putrajaya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimJiwa MerdekaPerdana MenteriTolak Kebencian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

24/08/2026
0

SHAH ALAM - Akar umbi UMNO perlu terus bersuara bagi memastikan pandangan mereka didengari kepimpinan parti, kata Ahli Jawatankuasa Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd