• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Bomba Cedera Terkena Renjatan Elektrik Di Kota Marudu

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang anggota bomba cedera dipercayai terkena renjatan elektrik ketika operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Lotong, Kampung Lotong, dekat Kota Marudu, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa Latif Muhamar Sabindo Latapa, 28, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dilaporkan mengalami kebas badan sebelum dihantar ke Hospital Kota Marudu menggunakan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil, dan beliau telah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 8.25 malam sebelum sepasukan bomba BBP Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah lori tangki air.

Kebakaran itu memusnahkan rumah terbabit selain turut melibatkan sebuah kenderaan yang terbakar sepuluh peratus.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi ditamatkan pada 10.57 malam, katanya. – BERNAMA

Tags: anggota bombarenjatan elektrik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

03/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar sebuah premis penyembelihan...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd