• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amirudin Nafi Berlaku Rombakan Exco Selangor

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini menafikan akan berlaku rombakan dalam barisan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata sebaliknya ia hanya membabitkan penambahan seorang anggota exco baharu bagi melengkapkan barisan anggota exco kerajaan negeri itu.

“Tiada rombakan tetapi hanya penambahan seorang anggota exco bagi melengkapkan kuota 10 exco dalam meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri.

“Penambahan exco ini perlu dibuat kerana kekosongan kerusi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, susulan kematian exconya Prof Dr Shaharuddin (Badaruddin)”, katanya kepada pemberita di Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor 2018, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar semalam yang mendakwa berlaku rombakan dalam barisan exco Selangor dengan beberapa exco sedia ada bakal digugurkan.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata pihaknya juga masih belum memutuskan tarikh bagi mengumumkan calon yang bakal menggantikan Shaharuddin yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

“Saya sedang tunggu tarikh yang sesuai untuk umumkan perkara itu… tarikh belum ada jika sudah ada tarikh memang umum,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai perkembangan pertikaian berhubung isu perpindahan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dekat sini, Amirudin berkata pihaknya sedang mengumpulkan beberapa pandangan daripada pihak berkaitan termasuk pihak pengurusan kuil sebelum memutuskan jalan penyelesaian.

“Apa pun jalan penyelesaiannya kita tidak akan melanggar kedaulatan undang-undang sekiranya membabitkan keputusan mahkamah…kita akan pertahankan kedaulatan undang-undang kerana ia penting pada kita, kalau tidak orang buat sesuka hati,”katanya.

Baru-baru ini isu berkenaan mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat terbabit yang menyaksikan antara lain kenderaan, bangunan dirosakkan dan seorang anggota bomba cedera parah akibat diserang perusuh.

Terdahulu dalam majlis tersebut, Amirudin yang mewakili kerajaan negeri turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 kepada waris enam anggota bomba yang maut dalam operasi menyelamat seorang remaja lelaki yang lemas di Taman Putra Perdana, Puchong awal Oktober lepas. – BERNAMA

Tags: Amirudin ShariKerajaan Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

03/09/2023
0

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd