• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Kebebasan Maklumat Pastikan Maklumat Daripada Sumber Sahih

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara memerlukan Akta Kebebasan Maklumat untuk memastikan maklumat yang tersebar di khalayak ramai adalah maklumat daripada sumber yang sahih, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata dengan adanya akta itu, rakyat boleh mendapatkan maklumat secara rasmi dan bukan berita-berita palsu.

“Sekarang ini, mungkin ada maklumat yang benar tetapi diperoleh dengan cara yang tidak sah. Ini sebenarnya tidak bagus kerana mereka ambil maklumat rasmi dan dedahkan dan budaya seperti ini yang kita nak elakkan,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang ingin tahu pendekatan kerajaan dalam memastikan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dapat dinikmati rakyat.

Kepada soalan asal Senator Chandra Mohan S. Thambirajah tentang perkembangan terkini cadangan memperkenalkan akta tersebut serta cadangan mengkaji semula akta-akta seperti Akta Rahsia Rasmi 1971 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Mohamed Hanipa berkata jemaah menteri pada 11 Julai lepas telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat digubal di peringkat persekutuan.

Beliau berkata setakat ini kajian penanda aras telah dilaksanakan dengan merujuk kepada dua enakmen berkaitan iaitu Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 dan Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011.

Mohamed Hanipa berkata sesi libat urus dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara turut diadakan bagi mendapatkan pandangan bersesuaian sebelum rang undang-undang itu digubal. – BERNAMA

Tags: AktaMohamed Hanipa Maidin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd