• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Perangi Denggi Di Sandakan Dipergiat

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mempergiatkan usaha memerangi wabak demam denggi di daerah ini berikutan peningkatan penyakit itu berjumlah 229 kes sehingga minggu lepas.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr. Johari Awang Besar berkata tumpuan di kawasan berstatus ‘Hotspot’ yang berlaku wabak melebihi 30 hari.

Katanya langkah kawalan dijalankan membabitkan pemeriksaan tempat pembiakan dari rumah ke rumah, semburan kabus atau ‘Fogging‘, aktiviti pendidikan kesihatan, hebahan di kawasan kejadian kes demam denggi termasuklah aktiviti gotong-royong.

Menurutnya salah satu kawasan menjadi tumpuan adalah Kampung Forest di Batu 2 dekat sini yang mencatatkan kes wabak denggi tertinggi sebanyak 21 kes.

Kawasan ini banyak sampah-sarap yang dibuang merata-rata termasuk ke laut menyebabkan longgokan sampah di bawah rumah yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, katanya ketika ditemui pada operasi semburan kabus di Kampung Forest, semalam.

Melihat kepada peningkatan kes demam denggi di daerah ini sejak dua bulan lepas, Dr Johari menggesa semua penduduk di derah ini agar sama-sama memainkan peranan membendung wabak denggi.

“Memerangi aedes bukan sahaja di pihak kami tapi penglibatan masyarakat umum diperlukan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dewasa,” katanya.

Beliau berkata masyarakat perlu memastikan persekitaran dalam dan luar rumah mereka bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes dengan melakukan pemeriksaan persekitaran rumah seminggu sekali.

Katanya bersihkan dan berus bekas yang mempunyai takungan air untuk memastikan tiada telur nyamuk aedes serta menggunakan aerosol atau racun pembunuh nyamuk di dalam rumah terutama pada waktu senja.

Dr Johari berkata sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit demam denggi seperti demam yang disertai dengan sakit kepala, sakit sendi ataupun ruam merah pada badan,segera dapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan. – BERNAMA

Tags: Kes DenggiSandakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Besar Kampung Bahagia: PPS Dibuka, 445 Mangsa Dipindahkan

Kebakaran Besar Kampung Bahagia: PPS Dibuka, 445 Mangsa Dipindahkan

19/04/2026
0

SANDAKAN, 19 April 2026 – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan hari ini susulan kebakaran...

Kira-Kira 200 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Besar Di Sandakan

Kira-Kira 200 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Besar Di Sandakan

19/04/2026
0

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah atas air di Kampung Bahagia, Batu Sapi, musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd