• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Menteri Luar Ketuai Delegasi Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan memimpin delegasi Malaysia ke Sesi ke-18 Majlis Menteri-Menteri D-8 yang akan diadakan di Antalya, Turki mulai esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Marzuki dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa mesyuarat itu.

“Mesyuarat itu antara lain akan mempertimbangkan dan mengesahkan Hala Tuju D-8 Bagi Dekad 2020-2030, yang akan menggantikan Hala Tuju Kuala Lumpur 2008-2018,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Hala Tuju Sedekad D-8 itu mengesahkan lagi komitmen negara-negara anggota terhadap objektif dan kerangka kerjasama D-8 dalam merangka arah strategik D-8 dalam dekad yang akan datang.

“Para Menteri akan mengadakan perbincangan bagi memperkukuhkan kerjasama dalam enam bidang utama – perdagangan kerjasama industri dan perusahaan kecil dan sederhana, pertanian dan keselamatan makanan, pengangkutan, tenaga dan mineral serta pelancongan serta jalan ke hadapan untuk negara-negara anggota D-8, ” menurut Wisma Putra lagi.

Kenyataan itu menambah, Sidang ke-18 Majlis Menteri D-8 itu akan didahului oleh Sesi ke-41 Suruhanjaya D-8 pada 1-2 November 2018. – BERNAMA

Tags: Delegasitimbalan menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banyak Perlu Difahami Mengenai Telur Ayam, Industri Berdepan Cabaran – Timbalan Menteri

Banyak Perlu Difahami Mengenai Telur Ayam, Industri Berdepan Cabaran – Timbalan Menteri

26/10/2026
0

MELAKA - Pelbagai faktor yang mempengaruhi harga telur ayam perlu difahami, termasuk cabaran dihadapi pihak industri sebelum bekalan sampai kepada...

Timbalan Menteri Marhamah Enggan Ulas Isu NAM, Petik Surah Al-Hujurat Minta Semua Pihak Bertabayyun

Timbalan Menteri Marhamah Enggan Ulas Isu NAM, Petik Surah Al-Hujurat Minta Semua Pihak Bertabayyun

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli enggan mengulas isu New Age Movement...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd