• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21,751 Penerima JKM Ditamat Sejak 2016 Di Kedah

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sistem Pengurusan Bantuan Kerajaan (eBantuan) merekodkan sebanyak 21,751 penerima telah ditamatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh 2016 sehingga Oktober tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan, Halimaton Shaadiah Saad berkata ia meliputi 8,486 penerima bantuan yang ditamatkan pada 2016, sebanyak 7,844 penerima pada 2017 dan 5,421 tahun ini iaitu sehingga Oktober lepas.

“Penerima bantuan JKM ini dia bukan penerima seumur hidup… ia diberhentikan oleh sebab-sebab tertentu… permohon mestilah memohon dari tahun ke setahun supaya kita dapat kenal pasti (latar belakang) pemohon ini… misalnya jika sudah melepasi paras kemiskinan kita akan berhentikan,” katanya ketika menjawab soalan Dr Robert Ling Kui Ee (PKR-Sidam) yang mahu tahu jumlah penerima bantuan yang digugurkan bagi tempoh tiga tahun ini.

Beliau berkata bagi tahun ini misalnya penamatan bantuan adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu antaranya meninggal dunia (1,995), berpindah ke luar daerah (722), telah mampu berdikari (969), tidak layak (958), dirujuk ke agensi lain (12), tukar skim bantuan (721) serta lain-lain lagi sebanyak (3,109).

Halimaton Shaadiah berkata pegawai-pegawai JKM mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi menilai kelayakan sesebuah keluarga atau individu yang memohon bantuan daripada jabatan itu.

“Bukan boleh senang-senang bagi, kononnya kalau kita tengok dia miskin terus nak bagi… kita kena siasat dahulu dari segi pendapatan semua… kita ada audit, kita kena pastikan disiplin pekerjaan kita ditetapkan,” katanya.

Di Kedah, jumlah agihan kepada tujuh skim bantuan di bawah JKM pada 2016 adalah sebanyak RM126.8 juta (47,456 penerima), RM119.3 juta kepada 49,426 penerima pada 2017 dan sebanyak RM99.8 juta pada tahun ini iaitu sehingga Ogos lepas (46,161 penerima).

Beliau berkata pihaknya juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar menaikkan syarat Pendapatan Garis Kemiskinan dari RM930 sekarang kepada RM1,000 sebulan sebagai salah satu kriteria bagi melayakkan mereka mendapat bantuan itu.

Halimaton Shaadiah turut menyarankan ibu bapa agar mendaftarkan anak mereka yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) kepada JKM bagi membolehkan mereka mendapat pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan.

Katanya, ini kerana masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari kepentingan untuk berbuat demikian sedangkan ia boleh memudahkan JKM untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada golongan berkenaan. – BERNAMA​​​​​​

Tags: bantuanJKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd