• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran FOMEMA Diletakkan Bawah PERKESO

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia menyarankan agar Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) diletakkan dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) supaya ia memudahkan pengurusan perubatan pekerja asing.

Menterinya M. Kula Segaran berkata susulan langkah kerajaan yang memperkenalkan caruman perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja asing di bawah PERKESO mulai 1 Jan depan, Fomema mampu memainkan peranannya sebagai pengantara pihak majikan dan pekerja asing.

“Kami berharap Fomema menyerahkan kepada PERKESO untuk mengendalikan perkara ini, biar mereka tentukan bahagian perubatan mana yang diliputi dan mendapatkan segala maklumat mengenai pekerja asing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Hari Bertemu Pelanggan dan Sambutan Hari Deepavali Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di sini, hari ini.

Pada masa sama, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan mengenai perkara berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata peratusan caruman perlindungan keselamatan sosial bagi pekerja asing adalah sama kadarnya dengan pekerja tempatan dan ia tidak memberi kesan terhadap pekerja tempatan.

“Bagi pekerja warganegara ia tidak ada kena-mengena dengan mereka, sebaliknya ia (pengurusan) akan menjadi lebih efisien.

“Caruman adalah mengikut kadar caruman yang sama iaitu 1.25 peratus, apabila caruman kepada PERKESO dibuat, pampasan pekerja asing yang sedia ada akan dibatalkan dan diganti kepada caruman PERKESO,” katanya.

Semalam, kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing PERKESO mulai 1 Januari depan dan majikan yang menggaji pekerja asing dengan dokumen sah termasuk ekspatriat mesti mendaftarkan pekerja mereka dengan PERKESO serta menyumbang kepada Skim Bencana Pekerjaan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). – BERNAMA

Tags: FOMEMAPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd