• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Bakal Dikenakan Cukai Bungkusan Pula?

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin kanan DAP, Charles Anthony Santiago menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenakan cukai bungkusan kepada semua barangan plastik termasuk beg plastik, botol plastik dan kontainer plastik di negara ini.

Ahli Parlimen Klang yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 31 Oktober lalu berkata, cukai bungkusan berkenaan seperti yang dilaksanakan di negara Kenya bagi mengurangkan sisa plastik.

“Pada tahun 2017, Kenya mengharamkan plastik secara keseluruhan – pembuatan, penjualan dan penggunaan plastik dalam negara tersebut dianggap haram. Sesiapa yang mempunyai beg plastik akan dihukum.

“Setahun selepas dasar tersebut dilaksanakan di Kenya, sistem saliran menjadi lebih bersih, rantaian makanan kurang dicemari oleh sisa plastik, sampah-sarap pun berjaya dikurangkan.

“Saya mencadangkan supaya mempercepatkan larangan penggunaan plastik sekali guna dalam jangka masa tiga hingga lima tahun dan tidak tunggu sehingga tahun 2030,” kata beliau dalam ucapan Bajet 2019 seperti yang dimuat naik di laman Facebook semalam.

Kerajaan PH menerusi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu mengumumkan tentang pelaksanaan cukai soda bermula 1 April 2019 dengan alasan untuk menangani masalah diabetes di negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan ia cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih 12 gram bagi 100 ml.

Perdana Menteri kerajaan PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Oktober lalu pernah memaklumkan kerajaan berhasrat memperkenalkan cukai baharu bagi menjana pendapatan tambahan negara.

Mahathir turut memaklumkan kerajaan ‘Malaysia Baharu’ mempertimbangkan cadangan menjual beberapa aset kerajaan kononnya bagi mengurangkan beban hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Desas desus yang tersebar mendakwa langkah kerajaan PH memperkenalkan cukai baharu dan menjual aset bagi menampung kehilangan pendapatan negara akibat pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST). – Mynewshub.tv

Tags: CukaiKerajaan PH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd