• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Lebuh Raya Pan Borneo Diteruskan

oleh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak tertakluk kepada kajian rasionalisasi kos, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Selain itu, Lim ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, berkata kerajaan juga memperuntukkan masing-masing RM5.009 bilion kepada Sabah dan RM4.346 bilion bagi Sarawak tahun depan dalam usaha memastikan kedua-dua negeri tersebut terus dibangunkan.

Ini berbanding RM4.133 bilion untuk Sabah dan RM4.336 bilion bagi Sarawak yang diperuntukkan dalam belanjawan 2018.

“Projek di Sabah dan Sarawak akan merangkumi pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan serta pembangunan koridor ekonomi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga menyediakan RM100 juta untuk menaik taraf jalan, projek sistem bekalan air, membina dan menaik taraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan bagi petempatan Felda, iaitu peningkatan 51 peratus berbanding peruntukan lalu.

“Kerajaan juga akan memperuntukkan RM100 juta untuk menyokong komuniti India termasuk latihan teknikal dan kemahiran untuk meningkatkan peluang kerjaya belia India serta RM100 juta lagi untuk memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Dalam meneruskan komitmen kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan kemudahan asas terutamanya di luar bandar, kerajaan mencadangkan peruntukan RM926 juta diberi untuk membina dan menaik taraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan, katanya.

Sejumlah RM694 juta dan RM738 juta pula masing-masing akan diberi bagi meluaskan akses bekalan elektrik dan air di luar bandar, kata Lim.

Di samping itu, kerajaan turut menyediakan RM85 juta untuk kampung baharu bagi menaik taraf dan memulihara infrastruktur asas seperti jalan raya, dewan komuniti dan kawasan lapang.

Lim berkata kerajaan juga mencadangkan sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi tujuan menjalankan aktiviti komuniti, keselamatan, pembersihan dan program kejiranan. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya Pan Borneo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

09/04/2024
34

KUCHING - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu bakal dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. IKUTI CHANNEL...

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

26/09/2022
0

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd