• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

oleh AK-47
09/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
34
Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu bakal dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini status kemajuan pembinaan projek berkenaan mencapai 99 peratus.

“LPB Sarawak fasa satu dijangka dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini kecuali seksyen Lambir (di dalam WPC 11) di Miri yang perlu direka bentuk semula dengan jangkaan siap pada 2026,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Pembinaan LPB Sarawak fasa satu sepanjang 786 kilometer (km) bermula dari Telok Melano hingga ke Miri.

Sementara itu, Nanta berkata, satu mesyuarat telah diadakan antara kementerian dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak semalam yang antara lain membincangkan isu penyelenggaraan jalan negeri dan jalan Persekutuan di Sarawak terutamanya melibatkan jajaran redline.

Beliau berkata, istilah redline membawa maksud laluan asal sedia ada yang dibina sebelum pembinaan LPB.

“Di Sarawak, jajaran redline ini melibatkan kawasan Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri. Standard laluan redline ini yang dibina sebelum ini tidak sama seperti LPB dan kualiti di laluan redline ini perlu dinaik taraf.

“LPB Sarawak fasa satu melibatkan laluan sepanjang 786 km, namun terdapat jajaran jalan sepanjang 136.7km yang tidak terlibat dalam pembinaan LPB berkenaan dan kini berada dalam keadaan daif. Melalui mesyuarat itu, beberapa model penyelesaian telah dicadangkan dan semua cadangan berkenaan akan diteliti,” katanya.

-Bernama

Tags: Lebuhraya Pan Borneo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

26/09/2022
0

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun...

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap

04/09/2022
0

Kuching : Fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo kini sudah mencapai 86 peratus siap, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd