• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

oleh AK-47
26/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PAPAR – Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, tiga pakej berkenaan terdiri daripada Pakej 27 yang melibatkan jalan sepanjang 8.1 kilometer (km) daripada Kampung Lot M ke Sandakan Batu 32 dan Pakej 21 iaitu melibatkan Jajaran Lahad Datu Bypass sepanjang 7km.

“Satu lagi pakej yang akan siap tidak lama lagi adalah Pakej 5 melibatkan jalan sejauh 11.39km dari Papar ke Penampang. Jalan ini sudah siap 99.1 peratus dan mula dibuka kepada orang ramai.

“Hanya ada kerja-kerja kecil yang belum selesai, seperti pemasangan tanda jalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan projek pakej 5 LPB Sabah itu di sini pada Isnin.

Projek LPB Sabah bagi fasa satu melibatkan 706km dari Sindumin ke Kota Kinabalu seterusnya Kudat, serta Tawau hingga Batu 32 Sandakan sehingga Ranau.

Sementara itu merujuk kepada kelewatan pelaksanaan beberapa projek LPB Sabah, Arthur berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah tersebut dan faktor utama adalah penularan Covid-19.

“Kita semua tahu bahawa negara berhadapan dengan penularan (pandemik) sehingga menyebabkan banyak perkara tergendala pelaksanaannya termasuk LPB Sabah.

“Namun ia tidak menjadi masalah kerana apa yang penting pelaksanaan LPB Sabah mengikut skop kerja yang ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan orang ramai,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Lebuhraya Pan Borneo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

09/04/2024
34

KUCHING - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu bakal dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. IKUTI CHANNEL...

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap

04/09/2022
0

Kuching : Fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo kini sudah mencapai 86 peratus siap, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd