• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengecualian Cukai Pendapatan Individu Bagi Wanita Kembali Bekerja Mulai 2019

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi pengecualian cukai pendapatan individu sehingga 12 bulan kepada wanita yang kembali bekerja mulai tahun hadapan, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Katanya inisiatif itu bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja dan program pengecualian itu akan dipantau dan diuruskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

“Jadi, jika anda mengenali seorang wanita, sama ada rakan atau isteri anda yang berfikir untuk kembali bekerja, beritahu mereka bahawa jangan tunggu lagi. Kami mahu wanita di negara ini untuk kembali bekerja, kerana negara memerlukan mereka.

Wanita merangkumi separuh dari penduduk Malaysia dan hampir separuh daripada tenaga kerja negara dan jika lebih ramai wanita menyertai tenaga kerja, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berpotensi meningkat antara RM6 bilion hingga RM9 bilion,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tahunan Life at Work 2018 anjuran TalentCorp di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan amalan keseimbangan kerja dan kehidupan di seluruh negara dengan kerjasama erat kementeriannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta TalentCorp.

Sementara itu, anugerah Life at Work merupakan inisiatif tahunan TalentCorp yang dianjurkan sejak 2013, bermatlamat mengetengahkan amalan keseimbangan kerja dan kehidupan sebagai strategi masa depan pekerjaan selari dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sejumlah 86 syarikat telah mengemukakan penyertaan kali ini, berbanding 33 penyertaan sahaja pada tahun lepas.

Tahun ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja muncul sebagai pemenang utama anugerah apabila menggondol tiga anugerah iaitu bagi kategori organisasi sektor awam terbaik, juara ketua pegawai eksekutif bagi organisasi sektor awam (Tunku Alizakri Alias) dan amalan kerja cemerlang (tempat kerja terbaik).

Shell Malaysia pula dinobatkan organisasi antarabangsa terbaik manakala Hong Leong Bank Berhad merangkul anugerah organisasi baharu terbaik. – BERNAMA

Tags: CukaiWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd