• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Perlu Pantau Projek Elak Risiko Banjir

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini diminta menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang secara lebih terperinci dan tegas di setiap projek pembangunan bagi mengurangkan risiko berlakunya bencana alam atau tragedi yang berpunca daripada kecuaian manusia.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata kebelakangan ini banjir kilat berlaku akibat pembangunan terlalu pesat dan projek terbengkalai selain ketiadaan pemantauan berkesan.

“Ini yang perlu diberi penekanan oleh PBT dan sudah tentu maklumat daripada komuniti setempat sangat diperlukan agar PBT bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab seperti mengenakan denda dan penalti tinggi untuk menimbulkan kegerunan kepada mereka agar tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM Terengganu) di sini, hari ini. Beliau turut mendengar taklimat mengenai kesiapsiagaan bomba menghadapi banjir yang disampaikan oleh Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mohd Noor.

Sementara itu, katanya, pasukan penyelamat di pantai timur tiada masalah untuk beroperasi di kawasan biasa banjir kerana sudah mahir dengan bentuk muka bumi dan cabaran serta risiko bakal dihadapi.

“Namun, mereka perlu lebih bersedia untuk kerja menyelamat di kawasan banjir luar jangka yang kita tidak boleh duga seperti banjir kilat akibat pembangunan terlalu pesat dan projek terbengkalai yang boleh berlaku di mana-mana sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suhakam Gesa Tindakan Proaktif Tangani Ancaman Anjing Liar

Suhakam Gesa Tindakan Proaktif Tangani Ancaman Anjing Liar

14/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan secara proaktif...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd