• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Jangan Tunggu Aduan Untuk Bertindak

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa untuk lebih proaktif dalam menjalankan tugasan terutama dalam isu melibatkan keselamatan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata PBT seharusnya tidak menunggu aduan atau laporan kerosakan di taman permainan kanak-kanak sebagai contohnya, sebaliknya menjalankan pemantauan setiap hari di kawasan yang menjadi tumpuan golongan itu.

“PBT tidak boleh duduk dalam office dan tunggu aduan masuk. Mereka kena proaktif untuk melihat dan memastikan setiap hari bahawa padang (kawasan) itu adalah selamat untuk kanak-kanak.

“Ini kerana kalau kanak-kanak bermain tanpa pengawasan ibu bapa dan jika ada peralatan rosak, mereka (kanak-kanak) pun tidak tahu bagaimana hendak buat aduan. Jadi PBT kena proaktif sedikit untuk jalankan audit dan pastikan pembersihan dilakukan setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Life at Work 2018 anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut apabila kepalanya tersangkut pada besi sejenis buaian di Taman Metropolitan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S Shanmugamoorthy Chinniah dilaporkan berkata kejadian berlaku semasa remaja itu sedang bermain bersama saudaranya kira-kira pukul 6.30 petang dan kemudian dibawa ke Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 petang.

Bagaimanapun, Yeoh berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung insiden tersebut namun akan bekerjasama dengan PBT untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di tempat awam lebih terjamin. – BERNAMA

Tags: aduanPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd