• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kekal Sertai Himpunan Bantah ICERD

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS hari ini membuat penegasan untuk tetap menghadiri Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan berlangsung di Dataran Merdeka 8 Dis ini walaupun beberapa pihak mendesak supaya perhimpunan dibatalkan.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu menghormati setiap pandangan yang diberikan termasuk oleh tokoh agama namun pihaknya mempunyai pertimbangan lain untuk meneruskan perhimpunan berkenaan.

“Kita menghormati pandangan Mufti Kelantan (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) cuma kita ada pertimbangan lain sebab Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri sebut apa yang berlaku (rusuhan) di Subang Jaya itu bukan masalah perkauman, bukan masalah agama.

“Jadi tak berbangkitlah (isu perkauman). Itu masalah-masalah dalaman sahaja. Insya-Allah setakat ini kita akan teruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Mohamad Shukri menggesa himpunan kesyukuran terhadap penolakan ICERD tidak perlu diteruskan memandangkan keadaan semasa yang agak tegang.

Beliau dipetik berkata penerusan himpunan itu hanya mengundang “hal yang tidak baik”, selain kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan.

Mengulas lanjut Mohd Amar berkata PAS turut menjangkakan kehadiran kira-kira satu juta peserta pada perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai desakan permohonan maaf secara bertulis dan tuntutan ganti rugi yang diminta Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Husam Musa berhubung pengeluaran surat pekeliling menarik balik larangan memasuki pejabat kerajaan negeri sudah dianggap sebagai satu permohonanan maaf daripada kerajaan negeri.

Mohd Amar berkata pengeluaran surat pekeliling itu sudah mencukupi namun bergantung kepada tafsiran masing-masing berhubung perkara berkenaan.

“Macam rumah kitalah, mula-mula tak bagi orang datang, lepas itu tiba-tiba kita benarkan (mereka masuk kembali), cukuplah. Takkan kita perlu minta maaf pula sebab tak benar dia masuk rumah kita (sebelum ini),” katanya. – BERNAMA

Tags: ICERDPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyindir kemelut yang melanda PAS dan BERSATU dengan...

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd