• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Bakal Bicara Laporan Audit Berkaitan 1MDB

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan prosiding berhubung Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula 4 Dis ini.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata PAC juga sudah mendapat pandangan Peguam Negara Tommy Thomas bagi mengadakan prosiding ini dan dimaklumkan bahawa ia tidak akan mengganggu kes pendakwaan 1MDB yang akan berlangsung di mahkamah.

Menurutnya prosiding ini bakal menyiasat sama ada wujud sebarang kekangan dan halangan yang dihadapi Jabatan Audit Negara (JAN) dalam melaksanakan pengauditan pada 1MDB.

“PAC juga akan melihat jika terdapat sebarang ubah suai terhadap fakta serta maklumat dalam laporan pengauditan 1MDB berkenaan sebelum dibentang kepada PAC Parlimen ke-13.

“PAC akan memulakan prosiding ini pada minggu pertama Disember dengan memanggil mantan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebagai saksi pertama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, timbalan pengerusi PAC Wong Kah Woh mendakwa pindaan telah dibuat semasa pemerintahan kerajaan terdahulu, dan menurutnya beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ untuk menyiasat isu berkenaan ketika itu.

Ambrin Buang sebelum ini juga pernah menafikan terdapat sebarang pindaan dibuat terhadap laporan asal 1MDB yang disediakan oleh beliau. – BERNAMA

Tags: PACprosiding
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd