Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Setiausaha Sulit Kanan Kor...

IPOH - Setiausaha Sulit Kanan Nga Kor Ming, Tan Tiong Yih hari ini...

“Saya Bukan Beriya Sangat...

MASIH belum habis lagi nampaknya fenomena Putera Mateen apabila dilihat terdapat lagi segelintir...

Rampasan Kuasa Di Gabon:...

Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia yang berada di Gabon dilaporkan dalam keadaan selamat...

Remaja 13 Tahun Trauma...

MASALAH sosial seperti rogol, penyalahgunaan dadah, dan pelacuran antara isu yang masih hangat...

Orang Ramai Diingatkan Jauhi Zon Larangan TNB

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan penjaga digesa menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi kawasan larangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini pada cuti persekolahan yang bermula minggu ini.

Ketua (Perhubungan Awam dan Dalaman) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata ibu bapa juga harus memastikan anak masing-masing tidak menyentuh atau menghampiri kabel yang terputus akibat pokok tumbang terutama ketika hujan bagi mengelakkan berlakunya renjatan elektrik.

Katanya orang awam juga dilarang berada di kawasan premis TNB yang terdapat notis makluman potensi risiko kejutan eletrik.

“Jauhi daripada menceroboh kawasan pencawang atau pepasangan TNB yang dipasang notis tersebut bagi menggelakkan risiko renjatan serta pancaran arka daripada arus bervoltan tinggi.

“Selain kecederaan serius dan kehilangan nyawa, ia boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan gangguan bekalan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Katan Mohd Aminuddin, aktiviti seperti bermain layang-layang, permainan helikopter, dron atau kapal terbang kawalan jauh di kawasan berdekatan talian atas bervoltan tinggi adalah tidak dibenarkan.

Membawa peralatan panjang seperti galah di bawah talian dan memancing ikan di kolam atau tasik di bawah talian juga mengundang risiko yang sama, katanya. – BERNAMA

Kategori