• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Jadi Huru-Hara Angkara Pengkhianat?

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi melemparkan kata-kata keras keatas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy di laman Facebook petang semalam.

Beliau yang kini mengetuai pertubuhan Semboyan 1Malaysia melemparkan kecaman itu kerana menyifatkan suasana dalam negara menjadi huru-hara disebabkan oleh menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu.

“Saya nak tanya semua rakyat Malaysia, sebelum pengkhianat ini memegang jawatan ada ke kaum Melayu dan India huru-hara seperti saat ini?” tulisnya di laman Facebook beliau pada pukul 5.46 petang semalam.

Beliau memuat naik gambar Waytha Moorthy selaku anggota Kabinet yang dilantik oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mentadbir aspek perpaduan negara dan kesejahteraan sosial.

Berikut kenyataan penuh Muhammad Yusuf atau lebih dikenali sebagai Yusuf Azmi di Facebook berhubung perkara itu:

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan dan Keharmonian.. Saya nak semua bangsa dari Kalangan Kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.. Buka mata apa yang saya ingin sampaikan..

Maafkan saya apa yang ingin saya sampaikan bukan untuk mengeruh keadaan.. Tetapi disebabkan Pengkhianat inilah hura-hara berlaku di Negara ni.. Disebabkan penyebaran berita Bohong, Fitnah di Belanda dengan mengatakan Kerajaan Negara kita. 👇👇

“Mendiskriminasi Kaum India”
“Memaksa Kaum India menukar agama”
“Kerajaan Malaysia telah menghancurkan Kuil India di Malaysia sebanyak 10ribu”
“Sebanyak 23ribu Kuil dalam Risiko Besar”..

Adakah pengkhianat begini akan menjaga perpaduan di Negara kita??
Bagaimana Pengkhianat ni boleh memegang jawatan di dalam pentadbiran negara kita??
Kerajaan ambil tindakan segera pada pengkhianat ni sebelum Negara tergadai..
Kerajaan jangan ambil mudah dengan budaya “Tak Apa Lah”, “Beri Peluang”..

Ini bukan soal Kaum atau Agama..
Ini Soal Keselamatan Negara Kita..
Ini Soal Keamanan Negara Kita..
Ini Soal Perpaduan Negara Kita..

Bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban hidup aman damai sejak merdeka.. Penuh keharmonian dan kasih sayang..

Yakinlah wahai Pemimpin Negara.. Fitnah ni amat bahaya racunnya.. Kalau seorang Menteri Perpaduan boleh mengeluarkan kenyataan Fitnah, Bohong, Menipu yang sedemikian rupa.. Jangan kata dia tak bersiap sedia untuk melihat malapetaka di Malaysia berlaku.. Gantikan dengan mana mana Individu bangsa india yang layak untuk ambil tempat Waytha Moorthy segera mungkin.. Sebelum Negara tergadai.. Sebelum negara mendapat ancaman lebih teruk.. Apa yang berlaku Insiden di Kuil ke atas Perjuang Bomba kita amat menyedihkan.. Mana dia Menteri Perpaduan? Ada datang melawat??

Hura Hara Rakyat Malaysia oleh kerana Pengkhianat inilah pencetus untuk menandatangi ICERD.

Saya nak tanya semua Rakyat Malaysia sebelum Pengkhianat ni memegang jawatan. Ada ke Kaum Melayu dan India hura hara seperti saat ini? – MYNEWSHUB.TV

Tags: huru haraKerajaanYusuf Azmi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd