• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Lion Air Dedah Kelemahan

oleh Ahmad Albab
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Landasan berbonggol, kesilapan kese­lamatan, landasan tanpa sistem navigasi di samping kekurangan juruterbang dan kakitangan penyelenggaraan berpe­ngalaman merupakan antara masalah yang membe­lenggu industri aviasi Indonesia.

Indonesia mempunyai pasaran aviasi antara paling pesat berkembang di dunia tetapi mengundang kritikan baharu sejak nahas maut sebuah pesawat Lion Air pada bulan lalu yang berlaku ketika sektor tersebut bergelut untuk mena­ngani pertumbuhan pesat tersebut, mengakibatkan aspek kese­lamatan terabai, kata beberapa pe­nganalisis.

“Pertumbuhan pesat dalam permintaan dan operasi me­nyaksikan lebih banyak kemalangan yang sepatutnya boleh dielak berlaku,” kata pakar avia­si daripada Universiti Leeds, Stephen Wright.

Pada Rabu lepas, pasukan penyiasat mengeluarkan laporan awal menyatakan bahawa penerbangan JT610 tersebut mengalami masalah teknikal yang gagal dibaiki oleh Lion Air sebelum penerbangan ter­akhirnya.

Kesemua 189 penumpang dan kru terbunuh apabila pesawat baharu jenis Boeing 737 MAX itu menjunam ke Laut Jawa tidak lama selepas berlepas.

Meskipun Pasukan penyiasat tidak menyalahkan Lion Air secara langsung atau mengenal pasti punca nahas pada 29 Oktober lalu itu, mereka berkata, syarikat penerbangan tambang murah tersebut perlu mengambil langkah perlu untuk menambah baik budaya keselamatannya.

Walaupun mempunyai rekod keselamatan yang lemah dan banyak aduan diterima me­ngenai perkhidmatannya, induk syarikat penerbangan berke­naan, Lion Air Group telah mendominasi separuh daripada pasaran domestik kurang 20 tahun selepas beroperasi.

Dalam pada itu, rekod kese­lamatan Indonesia juga bertambah baik, kata sebilangan penganalisis sejak syarikat-sya­rikat penerbangannya termasuk Garuda dilarang memasuki ruang udara Amerika Syarikat dan Eropah selama beberapa tahun kerana me­langgar aspek keselamatan.

Bagaimanapun, negara itu merekodkan sebanyak 40 nahas udara maut sejak 15 tahun lalu. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Lion Airnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd