• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyEG Rugi Bersih RM97 Juta Bagi Suku Ke-3 2018

oleh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MY E.G. Services Bhd (MyEG) mencatatkan kerugian bersih RM97.47 juta bagi tempoh tiga bulan sehingga 30 September, 2018, berbanding keuntungan bersih RM56.11 juta pada suku sebelumnya.

Perolehan, bagaimanapun meningkat kepada RM138.33 juta berbanding RM107.44 juta sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat penyedia perkhidmatan elektronik kerajaan itu berkata, kerugian itu sebahagian besarnya disebabkan susut nilai sebanyak RM95.45 juta daripada amaun sepatutnya dibayar syarikat bersekutu dan susut nilai dari segi peralatan sebanyak RM76.29 juta susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Prestasi perolehan lebih baik itu antaranya disebabkan oleh pengiktirafan terhadap perolehan tertunda sebanyak RM19.94 juta yang dijana daripada penjualan penyelesaian kepada syarikat bersekutu pada tahun-tahun sebelumnya dan peningkatan transaksi jumlah dagangan daripada perkhidmatan komersial.

Untuk masa depan, MyEG berkata ia akan terus memperkenalkan perkhidmatan inovatif dengan memanfaatkan teknologi baharu untuk memacu pertumbuhan bagi tahun kewangan berakhir 30 September, 2019.

“Kami sedang memperluaskan kehadiran kami di rantau Asia dengan pengenalan usaha sama dan perkhidmatan baharu di Filipina, Bangladesh dan Indonesia baru-baru ini. Ini merupakan pasaran baharu yang juga berpotensi untuk menyumbang kepada pertumbuhan kami bagi tahun kewangan 2019,” katanya.

Tarikh akhir tahun kewangan MyEG telah diubah dari 30 Jun kepada 30 September. Oleh itu tiada maklumat perbandingan kewangan sebenar diberikan bagi tahun kewangan 2018. – BERNAMA

Tags: MyEG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Atau Proksi Tiada Kepentingan Dalam MyEG

06/08/2019
0

KUALA LUMPUR – My EG Services Bhd. (MyEG) menafikan bahawa UMNO mahupun proksi parti itu mempunyai kepentingan besar dalam syarikat...

MyEG Terima Amaran Gagal Patuh Penalti RM9.46 Juta

08/02/2019
0

SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada MyEG Services Bhd. supaya mematuhi keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) pada 28 Disember,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd