• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Lulus RM151,000 Bantu Mangsa Banjir

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka hari ini meluluskan peruntukan berjumlah RM151,000 untuk 302 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata daripada jumlah itu, RM500 diperuntukkan untuk satu keluarga dan bantuan sekali beri itu dijangka diagihkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula esok.

“Berdasarkan rekod terkini sebanyak 1,081 mangsa daripada 302 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir yang berlaku dan mereka ini telah berdaftar dengan JKM di pusat pemindahan sementara dan membuat laporan polis untuk pengesahan.

Bantuan ini akan disalurkan kepada keluarga terlibat secepat mungkin bermula esok bagi mengurangkan beban mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak swasta yang ingin menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu mangsa banjir di dua daerah berkenaan boleh menyalurkan sumbangan tersebut menerusi Tabung Amanah Bencana dan cek boleh disalurkan atas nama Bendahari Negeri Melaka.

Sementara itu, katanya Kerajaan Negeri Melaka telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk meneruskan Projek Empangan Sungai Jernih di Alor Gajah dalam Rancangan Malaysia ke-11 dengan menggunakan peruntukan sedia ada berjumlah lebih RM300 juta.

Adly berkata projek berkenaan dijangka akan dimulakan semula awal tahun depan bagi memastikan sumber air di Melaka sentiasa berada pada tahap mencukupi untuk jangka masa panjang.

“Setakat ini isu melibatkan pembinaan Empangan Sungai Jernih ialah pembayaran tanah yang diambil alih untuk projek berkenaan dan dengan pengesahan serta kelulusan peruntukan itu kita jangkakan tiada isu lain yang timbul,” katanya.

Beliau berkata projek berkenaan telah tertangguh agak lama berikutan menghadapi masalah kewangan, bagaimanapun kini dengan kelulusan tersebut, pembinaannya dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat tahun. – BERNAMA

Tags: Banjirbantuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd