Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

48 Wanita Warga Asing...

BUTTERWORTH - Sejumlah 48 wanita warga asing yang dipercayai dipaksa bekerja sebagai pelayan...

Olimpik: Chong Wei Tak...

RIO DE JANEIRO - Datuk Lee Chong Wei, yang menjadi sandaran pingat emas...

Sepanyol Beri Bantuan Bulanan...

ANKARA - Pelarian Ukraine di Sepanyol akan menerima bantuan kerajaan berjumlah €400 (AS$410)...

Mahkamah Pakistan Arah Harta...

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan mengarahkan harta bekas Presiden Pervez Musharraf dirampas selepas bekas...

Bajet 2019: Melaka Harap Tingkat Pulangan Cukai

MELAKA – Kerajaan Negeri berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peningkatan pulangan cukai kepada negeri ini dalam Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan esok.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia bagi memastikan fokus Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan iaitu pembangunan yang mementingkan aspek-aspek memberi kesejahteraan kepada rakyat selain 20 perkara yang diberi keutamaan untuk belanjawan tahun hadapan.

“Harapan kita daripada Kerajaan Persekutuan sebenarnya tiada angka secara khusus, tetapi untuk tahun ini kita menerima RM400 juta, namun seperti dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), 10 peratus pembayaran cukai perlu dipulangkan kepada Kerajaan Negeri.

“Kita sudah kenal pasti cukai yang dibayar Melaka kepada Kerajaan Pusat adalah hampir RM5 bilion, jadi kita harap sebahagiannya dapat dikembalikan iaitu kira-kira RM500 juta dipulangkan untuk pembangunan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk pembangunan,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Adly berkata, untuk Belanjawan 2019, Kerajaan Negeri sememangnya memerlukan banyak bantuan daripada Kerajaan Pusat kerana Melaka tidak dapat menampung jumlah keseluruhan perbelanjaan selain masih defisit dari segi pendapatan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga berusaha untuk menambah pendapatan dan dalam masa sama sedang menilai ruang untuk meningkatkan belanjawan pembangunan selain menstruktur semula pembayaran hutang di samping pembangunan infrastruktur untuk kepentingan rakyat.

“Antara perkara menjadi keutamaan kita bagi Bajet 2019 ialah rumah mampu milik, infrastruktur jalan raya, bidang pendidikan selain belia dan wanita dalam memperkasa peranan golongan berkenaan.


“Keutamaan kita juga ialah penyelesaian berkaitan lalu lintas iaitu projek sedia ada dan akan datang dalam mengurangkan masalah kesesakan di negeri ini selain perumahan rakyat menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi negeri ini RM42 juta dipohon untuk pelaksanaan tiga pelan meliputi rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik.

Adly berkata, turut diberi perhatian ialah sistem telekomunikasi termasuk perluasan jalur lebar yang menjadi keperluan terutamanya masyarakat luar bandar dan pihak industri.

“Kita sudah menyampaikan hasrat ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kita sememangnya menunggu pengumuman belanjawan ini pada esok hari untuk melihat impaknya kepada Melaka,” katanya. – BERNAMA

Kategori