• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Pakistan Bincang Isu Bersama

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Para pemimpin Malaysia dan Pakistan hari ini mengadakan berbincangan mengenai isu-isu bersama termasuk pelaburan langsung asing (FDI), kerjasama pertahanan, pemulihan syarikat-syarikat, penswastaan dan pelancongan pada mesyuarat mereka di sini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pejumpaannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, pemimpin pertama yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sejak beliau menerajui semula kerajaan, berkata mereka telah berbincang mengenai “banyak isu bersama”.

“Kami akan terus mengadakan dialog untuk menimba manfaat daripada pengalaman masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan mereka di Perdana Putra di sini hari ini.

Imran Khan tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Dr Mahathir berkata Imran Khan juga telah mengundang beliau untuk melawat Pakistan pada bulan Mac tahun depan untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Pakistan.

Dr Mahathir berkata Malaysia menerima baik cadangan Pakistan hendak menjadi rakan dialog Asean.

“Kami menerima baik hasrat Pakistan hendak menjadi rakan dialog Asean,” kata beliau.

Malaysia dan Pakistan telah lama menjalin hubungan dua hala yang bermakna dalam bidang-bidang pendidikan, pelancongan, kerjasama pertahanan dan bantuan teknikal.

Pada 2017, jumlah dagangan antara kedua-dua negara dicatatkan pada RM5.76 bilion, iaitu pertambahan sebanyak 3.5 peratus berbanding 2016. – BERNAMA

Tags: MalaysiaPakistan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd