• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Diri Kanak-Kanak Jepun Terus Meningkat

oleh Haris
06/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES bunuh diri kanak-kanak di Jepun mencapai angka tertinggi dalam tempoh tiga dekad, menurut kementerian pendidikan negara itu.

Dalam tahun fiskal 2016/2017 hingga bulan Mac, 250 orang kanak-kanak berumur daripada sekolah rendah hingga menengah direkodkan telah membunuh diri.

Angka dicatatkan ini melebihi lima kes berbanding tahun sebelumnya, dan tertinggi sejak tahun 1986.

Masalah yang dilaporkan oleh kanak-kanak termasuk masalah keluarga, bimbang tentang masa depan dan buli.

Tetapi pihak sekolah berkata sebab 140 membunuh diri itu tidak diketahui kerana mereka tidak meninggalkan nota.

Kebanyakan yang membunuh diri dari kalangan umur sekolah menengah, yang tamat pada umur mereka 18 tahun.

Satu laporan diterbitkan Pejabat Kabinet Jepun pada 2015 menilai data bunuh diri kanak-kanak di Jepun sepanjang 1972-2013, yang melihat peningkatan kes pada permulaan penggal kedua sekolah pada 1 September.

Jepun mencatat salah satu kadar bunuh diri tertinggi pada 2015 tetapi selepas langkah-langkah pencegahan diperkenal, angkanya menurun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Keseluruhan kes bunuh diri di Jepun menurun kepada 21,000 pada 2017, berbanding kemuncaknya sebanyak 34,500 kes pada 2003.

Bagaimanapun, kes bunuh diri kanak-kanak kekal secara relatif tinggi, menjadikannya satu punca kematian utama kanak-kanak di Jepun.

“Angka bunuh diri kalangan pelajar kekal tinggi, dan ini merupakan satu isu yang mencemaskan yang perlu ditangani,” kata menteri pendidikan Noriaki Kitazaki. – BBC

Tags: bunuh dirijepunkanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd