• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Jepun tidak boleh dikompromi dan mesti mematuhi Kod Etika serta Kebajikan Haiwan World Association of Zoos and Aquariums (WAZA)

Menurut WWF-Malaysia menerusi satu kenyataan media, pihaknya tidak mengetahui sepenuhnya keadaan yang membawa kepada keputusan pemindahan ketiga-tiga gajah tersebut pada Mac 2026.

Bagaimanapun, organisasi itu menegaskan mereka tidak menyokong translokasi gajah melainkan terdapat bukti mencukupi bahawa tindakan tersebut benar-benar diperlukan demi melindungi kesejahteraan haiwan berkenaan.

WWF-Malaysia turut menekankan bahawa gajah dalam kurungan perlu diberikan ruang mencukupi untuk bergerak bebas selain pengayaan dan makanan yang bersesuaian.

“Dari sudut pendirian WWF-Malaysia, kami percaya bahawa semua hidupan liar seharusnya kekal di habitat semula jadi mereka dan tidak menyokong pemindahan gajah dari hutan untuk tujuan kurungan.

“Sebaliknya, usaha perlu ditumpukan kepada menangani cabaran yang dihadapi gajah di habitat semula jadi mereka termasuk pemecahan habitat, konflik manusia-
gajah dan pemburuan haram,” kata kenyataan itu.

Namun, WWF-Malaysia mengakui terdapat keadaan tertentu yang menyebabkan pemindahan gajah tidak dapat dielakkan termasuk melibatkan anak gajah yatim atau konflik serius manusia-gajah sehingga mengancam nyawa dan harta benda.

WWF-Malaysia turut meluahkan penghargaan terhadap keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib gajah terbabit sambil menegaskan komitmen berterusan mereka dalam melindungi gajah dan spesies terancam lain melalui pemeliharaan habitat, koridor hidupan liar dan usaha pemuliharaan berasaskan sains.

Organisasi itu turut mengaitkan isu berkenaan dengan ikatan kuat antara ibu dan anak gajah di alam liar sambil mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu. – MYNEWSHUB

 

Tags: AmoidaragajahjepunkelattranslokasiWWF-MalaysiaZoo Tennoji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching hari ini membentangkan perkembangan terkini berkaitan isu...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd