• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

oleh Mynewshub
04/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Zoo Taiping.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi NRES hari ini.

Tegas beliau, maklumat yang telus dan berfakta perlu disalurkan secara berterusan agar rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai keadaan gajah terbabit di sana.

“Saya mengambil maklum kebimbangan rakyat dan menegaskan bahawa kebajikan haiwan ini mesti menjadi keutamaan NRES dan Zoo Taiping.

“Sebarang keputusan dan tindakan perlu dilaksanakan berasaskan fakta serta mengambil kira kebajikan terbaik Dara, Amoi dan Kelat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, turut dibincangkan keperluan mendesak melaksanakan pembenihan awan di negeri-negeri kritikal termasuk Kedah dan Perlis.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyegerakan pelaksanaannya.

Katanya, beliau turut meminta NRES meneroka penggunaan teknologi dron serta kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menampung kekurangan pesawat bersesuaian. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

 

Tags: AmoiAnwar IbrahimdaragajahjepunkebajikankelatNRESPerdana MenteriZoo Taiping
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Tawaran NRES Bantu Indonesia Tangani Jerebu Cerminan Kepimpinan Serantau

Tawaran NRES Bantu Indonesia Tangani Jerebu Cerminan Kepimpinan Serantau

15/09/2026
0

PUTRAJAYA: Kesediaan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menawarkan aset dan kepakaran bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd