Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

15 Suspek Serangan Bom...

Bangkok - Polis Thailand gagal mengesan 15 suspek serangan bom di sebuah kuil...

Muhyiddin Sertai Sidang Kemuncak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Sidang Kemuncak...

Sultan Selangor Berkenan Lantik...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan...

Sebanyak 20 Lebuh Raya...

Sebanyak 20 buah lebuh raya berkelayakan untuk mendapat kenaikan tol pada tahun depan...

Kerajaan Sarawak Salur Bantuan Tanpa Mengira Fahaman Politik

KUCHING – Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyalurkan bantuan dalam bentuk geran tanpa mengira fahaman politik atau kepercayaan penerima berkenaan, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, bagaimanapun berkata adalah penting bahawa badan bukan kerajaan (NGO) yang memohon bantuan itu adalah penerima yang benar-benar layak dan ‘Anak Sarawak’ atau rakyat Sarawak.

“Hanya kerana anda tidak mengundi kami, kita tidak beri (bantuan). Saya tidak fikir kita dalam kategori itu. Sarawak lebih baik daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM459,500 kepada 46 organisasi di sini hari ini.

Dana tersebut di bawah fasa tiga geran MRP kementeriannya pada tahun ini, disampaikan kepada rumah-rumah panjang melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), NGO, serta kelab sukan dan masyarakat dari seluruh negeri, selain Kapit.

Masing yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Baleh, menyampaikan dana seumpama itu kepada 59 organisasi di Kapit, minggu lepas, berjumlah RM1.082 juta, menjadikan jumlah keseluruhan penerima sebanyak 105 dan jumlah keseluruhan dana RM1.5415 juta di bawah fasa tiga dana MRP bagi 2018.

Berhubung laporan media bahawa JKKK diarah mengembalikan geran daripada kerajaan persekutuan, Masing berkata beliau sangat terkejut jika berlaku kes seumpama itu kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian atau membincangkannya di peringkat Kabinet negeri.


Dalam perkembangan lain, presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu berkata sebarang permohonan daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) untuk menyertai gabungan kerajaan perlu dibincangkan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan empat parti komponen negeri.

“Saya tidak fikir GPS adalah parti eksklusif pada masa ini, tetapi setakat ini GPS tidak menerima apa-apa permohonan daripada mana-mana parti politik selain daripada empat (parti komponen),” kata Masing.

Berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, PRS bersama-sama tiga lagi parti BN negeri bertindak keluar daripada gabungan tersebut untuk membentuk GPS sebagai kerajaan negeri yang memerintah. – BERNAMA

Kategori