• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Komited Perkukuh Jakim – Mujahid

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menolak dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak prihatin mengenai hal ehwal agama Islam termasuk berkaitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa komited untuk memperkukuh dan meningkatkan kedudukan institusi itu dengan pelbagai pembaharuan dilaksanakan.

Ini termasuk meletakkan empat agensi di bawah penyelarasan Jakim iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, stesen televisyen Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.

“Kalau dahulu, kedudukan agensi-agensi ini berselerak, walaupun mereka perlu melaporkan kepada Jabatan Perdana Menteri tetapi kita buat perubahan untuk mengukuhkan lagi Jakim.

“Maka tanggapan yang kata kita (kerajaan) tidak peduli (mengenai Jakim) adalah salah, malah ada yang tergamak kata kita nak hapuskan Jakim,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mujahid berkata Jakim juga telah diperuntukkan RM882 juta bagi 2019 untuk Anggaran Belanja Mengurus yang melibatkan kemasukan empat agensi berkenaan.

Sementara itu, Mujahid berkata kerajaan sedang mengkaji kedudukan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dengan menubuhkan pasukan petugas khas Mewujudkan Perjawatan Guru KAFA dan Menaik taraf Perjawatan Penyelia KAFA yang dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Menurutnya, pasukan khas itu akan mengkaji dan menilai semula tugas dan tanggungjawab guru serta penyelia KAFA selain mengesyorkan kepada kerajaan skim perjawatan tetap bagi guru dan penyelia KAFA.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan menyediakan peruntukan khusus melalui Jakim untuk membayar elaun guru KAFA di seluruh negara.

Mujahid berkata bagi 2018, sebanyak RM401.8 juta disediakan bagi tujuan itu yang telah memanfaatkan 32,764 guru KAFA yang menyumbang khidmat kepada 978,661 murid di 40,711 kelas.

Katanya bagi 2019, kerajaan juga komited untuk meneruskan komitmen itu bagi memastikan kelas KAFA terus cemerlang dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak orang Islam. – BERNAMA

Tags: JakimKerajaan PH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd