Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Trump Lawat Kawasan Bina...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump akan melawat satu bahagian pagar sempadan antara Amerika...

Peguam Negara Didakwa Tersilap...

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas didakwa gagal memberi nasihat yang betul...

“Almarhum Pemimpin Hebat Tawan...

KUALA LUMPUR - Kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah meninggalkan kenangan...

Salah Guna Kuasa: Pegawai...

KOTA KINABALU - Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di...

Melaka Terima Lebih 70 Aduan Rakyat Setiap Minggu

MELAKA – Hari Bertemu Pelanggan (HBR) anjuran kerajaan di Seri Bendahara, Ayer Keroh, setiap hari Jumaat, menerima lebih 70 aduan setiap minggu penganjurannya sejak ia diperkenalkan pada 25 Mei lepas.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata HBR merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dalam usaha memberi peluang kepada rakyat untuk bersemuka dan menyalurkan aduan secara terus kepada ketua menteri mengenai permasalahan yang dihadapi mereka.

Beliau berkata antara aduan yang diterima termasuk berhubung isu bantuan, tanah, perumahan, pekerjaan dan kewarganegaraan, selain turut menerima cadangan yang ajukan terus oleh orang ramai kepada Ketua Menteri.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada HBR di sini, Ketua Menteri berkata daripada 249 aduan diterima sepanjang bulan lepas, 70 peratus daripadanya berjaya diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

“Daripada jumlah itu, 19 peratus merupakan isu sosial, tanah (18 peratus), perubatan (13 peratus), pekerjaan (12 peratus), perniagaan (enam peratus), perumahan dan bantuan masing-masing 15 peratus, selebihnya berkaitan agama,” katanya. – BERNAMA

Kategori