• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Inisiatif Tarik Rakyat Kerja 3D Di Luar Negara

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji inisiatif terbaik bagi menarik rakyat yang bekerja di luar negara dalam sektor 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) untuk pulang bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata rakyat Malaysia dilaporkan bekerja di negara seperti Singapura dan Australia kerana mendapat pendapatan yang lumayan.

Bagaimanapun, beliau berkata sektor 3D di Malaysia pula menyaksikan lebih dua juta pekerja asing bekerja dalam bidang tersebut.

“Jika gaji dinaikkan dan inisiatif lain diberikan kepada mereka yang bekerja dalam sektor tersebut, saya percaya ramai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara akan bekerja di negara ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin tahu adakah pengangguran dalam kalangan belia disebabkan kerja sektor 3D tidak menarik minat mereka kerana gaji yang rendah dan sanggup bekerja di luar negara berikutan tawaran gaji lebih lumayan.

Dalam pada itu, Kulasegaran berkata seramai 516,400 belia berusia 15 hingga 24 tahun menganggur di negara ini pada tahun ini.

Beliau berkata pengangguran di kalangan graduan pula melibatkan sebanyak 140,977 orang. – BERNAMA

Tags: 3Drakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd