Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Sambutan Maal Hijrah: Kartunis...

KARTUNIS terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat menerima anugerah...

Zuckerberg Sumbang AS$25 Juta...

NEW YORK – Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan akan menderma AS$25 juta (RM81.94...

Kastam Perlis Rampas 248...

PADANG BESAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis hari ini merampas sebanyak 248...

“Mat Sabu & The...

SUDAH dijangka dan akhirnya saat tersebut telah tiba.Setelah lebih sebulan bergelumang dengan pelbagai...

Kenderaan Bawa Tengku Adnan Ke Mahkamah KL

PUTRAJAYA – Kenderaan yang membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 1.25 tengah hari ini.

Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Anggota Parlimen Putrajaya itu diiringi kereta peronda dan motosikal polis dikatakan menuju ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tengku Adnan bakal menghadapi pertuduhan bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2.30 petang ini.

Semalam, Tengku Adnan ditahan di ibu pejabat SPRM di sini berhubung siasatan kes penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tengku Adnan baru-baru ini dilaporkan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah milik DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Kategori