• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Tular Soalan Matematik SPM Bocor

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak berlaku kebocoran soalan dan jawapan Matematik Kertas 1, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 seperti tersebar di media sosial.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata beliau dimaklumkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah berhubung dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura Dua Sandakan, Sabah mengenai perkara itu, hari ini.

“LPM sudah menghubungi dan bercakap dengan guru, Mohamad Fairuz dari sekolah terbabit. Beliau memaklumkan bahawa jawapan yang beliau muat naik dalam Instagramnya adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan pelajarnya.

“Jawapan itu disediakan selepas peperiksaan selesai dan dimuat naik selepas jam 11.15 pagi. Jawapan itulah yang diviralkan dalam media sosial.

“Berdasarkan maklumat ini, tidak berlaku kebocoran kertas soalan dan jawapan Matematik seperti didakwa,” katanya dalam catatan di Facebooknya.

Beliau mengulas mesej yang viral di media sosial kononnya kertas soalan dan jawapan bagi Matematik Kertas 1, Bahasa Melayu Kertas 2 dan bahasa Cina bagi peperiksaan SPM 2018, bocor.

Dalam mesej itu dinyatakan LPM sedia maklum berhubung perkara itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut serta mengesyaki berlaku sabotaj.

Selain itu, dinyatakan juga calon SPM terbabit mungkin perlu menduduki semula kertas berkenaan pada 17 dan 18 Disember depan. – BH Online

Tags: SOALAN BOCORSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd