• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Mula Usaha Tubuh Universiti Di Malaysia

oleh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Kerajaan Jepun bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh bagi menubuhkan cawangan universiti Jepun di Malaysia, kata Perdana Menteri Shinzo Abe.

“Mengenai permintaan Perdana Menteri Mahathir (Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk pembukaan kampus cawangan universiti di Jepun, kami bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh ke arah merealisasikan idea itu,” katanya semasa sidang akhbar bersama Dr Mahathir di sini Selasa.

Terdahulu, Dr Mahathir dan Abe mengadakan mesyuarat delegasi di Pejabat Perdana Menteri Jepun.

Pada hari Isnin, Dr Mahathir melahirkan harapan untuk melihat universiti Jepun mempunyai cawangan mereka di Malaysia bagi membolehkan pelajar Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan Jepun, tetapi juga untuk mempelajari budaya mereka.

Sementara itu, Abe berkata Jepun tetap komited untuk meneruskan kerjasama dalam Dasar Pandang Ke Timur Malaysia dalam bidang seperti pendidikan, promosi pelaburan, sumber manusia dan pemindahan teknologi. – BERNAMA

Tags: Shinzo Abe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Ali Wakili PM Ke Upacara Pengebumian Shinzo Abe

Azmin Ali Wakili PM Ke Upacara Pengebumian Shinzo Abe

26/09/2022
0

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,...

PM Jepun Salahkan Polis Gagal Lindungi Abe Ketika Berkempen

PM Jepun Salahkan Polis Gagal Lindungi Abe Ketika Berkempen

16/07/2022
0

TOKYO : Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semalam menyalahkan polis yang disifatkan gagal memberi perlindungan menyeluruh sehingga menyebabkan kematian bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd