• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Jepun Salahkan Polis Gagal Lindungi Abe Ketika Berkempen

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Jepun Salahkan Polis Gagal Lindungi Abe Ketika Berkempen
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO : Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semalam menyalahkan polis yang disifatkan gagal memberi perlindungan menyeluruh sehingga menyebabkan kematian bekas perdana menteri, Shinzo Abe.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Abe, ditembak dalam satu kejadian di barat Jepun pada Jumaat lalu dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Sejumlah pegawai di Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan dan Agensi Polis Kebangsaan ketika ini masih menyiasat sebarang kepincangan yang berlaku.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk membetulkan apa yang sepatutnya dibetulkan, selain meneliti kaedah perlindungan serta keselamatan yang diamalkan di negara lain,” kata Kishida.

Selain itu, Kishida turut mengumumkan rancangan untuk mengadakan upacara pengebumian peringkat negara untuk mendiang Abe dalam tahun ini bagi mengenang jasa dan sumbangannya semasa berkhidmat sebagai perdana menteri.

Suspek yang menembak Abe ditahan selepas insiden itu berlaku dan mengakui dia mempunyai niat untuk membunuh pemimpin tersebut.

Tetsuya Yamagumi, 41, menerusi pengakuan kepada polis memaklumkan, dia berdendam dengan Abe kerana percaya pemimpin itu mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan agama yang menyebabkan ibunya bankrap demi membayar yuran keahlian.

Hasil siasatan mengesahkan ibu suspek merupakan ahli pertubuhan itu, namun Abe tidak mempunyai kaitan dengan pergerakan organisasi terbabit.

-Utusan Online

Tags: pmpolisShinzo Abe
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd