• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Akan Serap 3,000 Guru Kafa Ke Jawatan Tetap

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merancang untuk menyerap antara 1,000 hingga 3,000 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa) ke dalam jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata untuk tujuan itu pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat saringan terhadap guru berkenaan sebelum mereka diserap ke jawatan tetap.

“Proses saringan itu daripada segi prestasi, khidmat dan kelulusan akan dibuat oleh Jakim dengan JPA. Kita berharap melalui proses ini sekurang-kurangnya 1,000 hingga 3,000 guru Kafa dapat dilantik (ke jawatan tetap),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sinar Harapan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian dekat sini hari ini.

Dianggarkan terdapat 31,460 orang guru Kafa bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis Kafa seluruh negara ketika ini.

Mengulas mengenai Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam, Mujahid berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap semua kaum di negara ini.

“Selain itu, dalam kekangan hutang kita (kerajaan) cari jalan bagaimana menjana pendapatan negara supaya golongan B40 ada pendapatan boleh guna,” katanya.

Mengenai Karnival Sinar Harapan, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata program dua hari mulai hari ini diadakan bagi meraikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). – BERNAMA

Tags: Guru KafaJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd