• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaket Michael Jackson Dilelong Hampir AS$300,000

oleh Ahmad Albab
12/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Jaket ‘Bad’ Michael Jackson yang dipakai semasa konsert jelajah solo pertamanya dijual pada harga AS$298,000 (RM1.2 juta) lewat kelmarin, kira-kira tiga kali lebih tinggi berbanding harga permintaan.

Jaket itu dijual dalam acara lelo­ngan Julien’s Auctions di New York yang menampilkan barangan milik pemuzik legenda seperti Prince, Madonna dan John Lennon.

Firma Julien’s Auctions meletakkan harga permintaan awal seba­nyak AS$100,00 (RM418,000) untuk jaket itu yang mempunyai tandatangan Jackson pada bahagian belakangnya.

Mendiang memakai jaket itu sepanjang konsert jelajah ‘Bad’ di seluruh dunia dari tahun 1987 hingga 1989. Bad merupakan antara lagu yang melonjakkan nama Michael Jackson di persada dunia.

Jaket itu adalah antara kostum pa­ling ikonik mendiang di samping jaket kulit berwarna hitam dan merah yang dipakai dalam video muzik lagu Thriller yang kemudian dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM7.5 juta) dalam tahun 2011.

Jaket ‘Bad’ itu dijual kepada ahli perniagaan dan dermawan dari Texas, Milton Verret bersama hampir 100 barangan lain milik penyanyi tersebut. – Reuters/KOSMO ONLINE

Tags: JaketMichael Jackson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘El Ayuwoki’ Pula Ancam Serang Manusia Waktu Tidur

10/03/2019
0

SEBUAH video Michael Jackson ala Momo yang mengatakan bahawa bintang yang telah meninggal dunia itu akan masuk ke bilik tidur...

Dakwaan Cabul, Lagu Michael Jackson Kena Gam

09/03/2019
0

SELEPAS satu pendedahan sebuah dokumentari yang membongkar dakwaan mencabul kanak-kanak ke atas mendiang Michael Jackson, sebuah stesen radio utama di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd